Kendrick Lamar
Kendrick Lamar

Kendrick Lamar

Kendrick Lamar Duckworth (lahir 17 Jun 1987) ialah rapper, penulis lagu dan penerbit rakaman Amerika Syarikat. Sejak penampilan di arus perdana pada 2012 bersama Good Kid, M.A.A.D. City, Lamar telah dipuji sebagai artis paling berpengaruh di generasinya, juga sebagai salah satu rapper dan penulis lirik terbaik sepanjang zaman.[1][2][3] Selain kerjaya solonya, beliau juga dikenali sebagai salah seorang ahli superkumpulan hip hop Black Hippy bersama rakan selabel Top Dawg Entertainment (TDE) Ab-Soul, Jay Rock, dan Schoolboy Q.